Bukan senang namun ia taklah sesukar yang difikirkan..
Inilah cabaran hidup sebagai seorang pemimpin. Bukan senang nak jadi seorang pemimpin tapi percayalah ia tidaklah sesukar yang difikirkan. Pemimpin ini suatu yang subjektif, setiap orang adalah pemimpin tidak kira siapa pun gerangannya. Walaupun dia adalah seorang ketua perompak, dia tetap adalah seorang pemimpin. Manusia yang hidup di dunia ini memang dilahirkan sebagai seorang pemimpin. Dia adalah pemimpin bagi dirinya. Tapi berapa ramai yang sedar akan hakikat ini. Sedangkan masih ramai yang tidak mampu untuk memimpin diri sendiri. Ramai juga yang masih tertanya-tanya apakah ciri-ciri menjadi pemimpin yang baik, bagaimana cara memimpin yang betul. Sebenarnya tiada siapa yang mampu memberi jawapan tersebut. Diri kita sendiri yang harus mencari jawapan itu sendiri. Orang lain boleh memberi pendapat tapi bukan jawapan itu. Setiap orang ada cara memimpin yang tersendiri. Contohnya kita dapat lihat sendiri Perdana Menteri Malaysia yang sentiasa bertukar pucuk pimpinan. Cara memimpin masing-masing adalah berbeza.Tun Abdul Razak adalah seorang pemimpin yang membawa pembangunan kepada Malaysia. Begitu juga dengan Tun Dr. Mahathir,yang menukar cara pemerintahan mengikut kesesuaian zamannya. Pada zaman pemerintahan Khulafa’ Arrasyidin, para sahabat membawa pendekatan yang berbeza dengan cara pemerintahan yang tersendiri. Saidina Abu Bakar memimpin umat Islam menghapuskan elemen yang mencemarkan Islam dan Saidina Umar pula meluaskan dakwah Islam ke serata dunia . Walaupun cara pemerintahan dan pendekatan berbeza tapi ia tetap memperjuangkan Islam yang satu. Keadaan ini juga sama seperti apa yang berlaku di dalam keluarga PMFST. Walaupun pucuk pimpinan PMFST berubah dengan kehadiran orang baru, YDP baru, exco baru,dan ahli-ahli baru PMFST tetapi agenda utama PMFST tetap tidak berubah. PMFST tetap memperjuangkan agenda KEILMUAN, KEBAJIKAN & KESATUAN. Walau siapa pun yang memegang pucuk pimpinan PMFST, agenda kebajikan FST tetap akan diperjuangkan. Jadi di sini apa yang nak diperkatakan ialah, siapa pun kita di PMFST kita perlu ada rasa tanggungjawab untuk bersama memperjuangkan agenda PMFST. Tidak semestinya hanya YDP,Majlis Tertinggi dan exco sahaja yang bergerak untuk membantu warga FST tapi kita semua warga FST adalah bertanggungjawab terhadap KEILMUAN, KEBAJIKAN & KESATUAN warga FST. PMFST hanyalah sebagai induk untuk masyarakat kampus FST bergerak. Ayuhlah Pimpinan PMFST bersama warga kampus FST bersama melakukan transformasi ini. Jika bukan anda siapa lagi, jika bukan sekarang bila lagi. Bermula daripada ahli biasa bersama pimpinan tertinggi PMFST bergabung dengan MPP dan kelab-kelab FST mampu berubah. Dasar buka pintu PMFST akan mampu dilaksanakan. Mungkin selepas ini perut insan itu akan terisi, tidurnya pun lena bersama sahabat-sahabat lain,dan program dia anjurkan pun akan berjalan lancar dengan adanya tangan yang menghulur. Jadi mungkin benar jugalah sesuatu itu, tidaklah sesukar yang difikirkan…
“LETS TOGETHER WE UNITE, YOU’LL NEVER WALK ALONE”
